اهلا وسهلا

~WADAH PERKONGSIAN BERSAMA~



19 April 2011

Siapa KITA?

Siapa KITA? Siapa KAMU? Siapa SAYA?
Mampukah kita menjawab persoalan ini?.. Sedarkah kita dari mana kita datang?.. Daripada apakah kita dijadikan @ diciptakan?.. Siapakah pencipta kita?.. Jom kita hayati dan renungi asal kejadian KITA.....

KEJADIAN MANUSIA MENURUT AL-QURAN
Manusia adalah makhluk yang diciptakan oleh Allah s.w.t. Manusia juga merupakan makhluk paling istimewa berbeza dari makhluk lain. Manusia pertama yang dijadikan oleh Allah s.w.t ialah Nabi Adam a.s dan kemudian Hawa a.s seterusnya ia berkembang biak hingga kini. Menurut apa yang telah dinukilkan oleh Mahmood Zuhdi Abdul Majid (2010), manusia dijadikan oleh Allah daripada tanah. Sepertimana yang terdapat dalam Surah as-Sajadah ayat 7 :

Maksudnya ;
“Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya, dan dimulakanNya kejadian manusia berasal dari tanah”

Maka menurut ayat di atas, sedarlah duhai insan bahawa asal kejadian kita adalah dari tanah. Walaubagaimanapun menurut ayat lain, Allah menyatakan manusia dijadikan dari tanah liat yang kering dan berasal dari tanah kental. Sepertimana firmanNya :
 
Maksudnya :
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma. Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liat yang kering, yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya.”
Surah al- Hijr : 26 - 28
           
Maka dapat dilihat dan terbuktilah bahawa manusia adalah makhluk yang istimewa, sehingga Allah s.w.t mengarahkan jin, syaitan dan para malaikat agar bersujud kepada manusia. Akan tetapi syaitan tidak mahu bersujud kepada manusia atas alasan manusia dijadikan dari tanah tetapi ia dijadikan dari api. Syaitan merasa bangga dengan kejadiannya dan kerana itulah ia memusuhi manusia serta berjanji untuk menyesatkan umat manusia. Walaubagaimanapun, ramai dikalangan umat manusia pada hari ini bersifat seperti syaitan yang suka melakukan pelbagai kejahatan dan kemungkaran di muka bumi ini serta tidak melaksanakan tugas sebagai khalifah sepertimana yang dijanjikan.


KITA ADALAH HAMBANYA.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan